Sempena ketibaan Hari Kebangsaan, rakyat Malaysia pasti gembira untuk meraikannya. Malaysia merupakan negara yang kaya dengan pelbagai adat tradisi dan kebudayaan yang unik. Apatah sempena hari perayaan ini, ajak kawankawan atau keluarga lakukan penerokaan makanan di setiap negeri Malaysia untuk menikmati pelbagai jenis makanan negeri berkenaan.


1. Perlis– Ikan Bakar, Pulut Mempelam

Datang ke negeri Perlis mesti makan ikan bakar. Ikan segar disertakan kunyit dan serbuk lada. Biasanya ikan bakar akan ditabur dengan pes sambal cili baru sedap. Satu lagi makanan Perlis ialah Pulut Mempelam di mana ia adalah nasi pulut disertakan dengan buah mangga. Jenis makanan ini adalah terpengaruh dengan tradisi makanan negara jiran – Thailand.

2. Kedah – Nasi Ulam

Negeri Jelapang Padi memperkenalkan makanan tempatan ialah nasi ulam. Nasi ini adalah satu hidangan nasi kukus dicampurkan dengan pelbagai jenis herba antara termasuklah daun pegaga, rempah, ikan kembung bakar, daun kunyit, daun cekur, sambal tumis bawang dan sebagainya.

3. Penang – Kuey Teow Goreng, Cendol

Kuey Teow pastinya merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia. Ia digoreng dengan telur, taogeh, pes sambal ditumis bawang, bebola ikan, udang dan cili kering kemudian dicampur dengan kicap hitam. Rasa terlalu panas? Marilah nikmati cendol sedap yang merupakan minuman pencuci mulut warisi orang india. Bahannya terdiri daripada susu kelapa, gula hitam, kacang merah dan sebagainya. Manis dan menyelerakan.

4. Perak –Kuey Teow Sup, Nasi Ayam Hainan

Kuey Teow sup disertakan dengan udang, daun sup dan hirisan daging ayam. Seterusnya ialah nasi ayam Hainan. Daging ayam ini dimasak dengan halia, ia perlu disertakan dengan taugeh.

5. Kelantan – Nasi Kerabu

Makanan ini penuhi dengan lauk yang berwarna-warni yang pasti menyelerakan anda. Hidangan nasi bewarna kebiruan adalah pewarna yang diperah daripada kelopak bunga telang dan lazim dijamah dengan ikan kering, ayam goreng, sambal tumis udang, keropok, budu dan ulaman yang lain.

6. Terengganu – Nasi Dagang

Makanan ini merupakan “ikon makanan pantai timur” dan merupakan makanan kegemaran orang ramai. Biasanya disajikan dengan nasi pulut atau beras Thailand, disertakan dengan ikan Tongkol, telur rebus dan hirisan timun serta sambal kelapa.

7. Pahang – Nasi Kebuli

Makanan ini berasal dari Kuala Lipis seperti nasi ayam, yang bezanya ialah daging ayam digoreng dengan bahan rempah, disertakan dengan nasi, telur dadar, kismis dan bawang goreng untuk dijadikan sampingan hidangan.

8. Selangor – Sate

Makanan terkenal di Kajang. Ia diperbuat daripada kepingan daging dicucuk pada lidi kelapa atau buluh. Daging biasanya terdiri daripada daging lembu, kambing mahupun ayam. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumut dan digaul dengan bawang tumis. Biasanya sate cucuk akan disertakan dengan timun.

9. Negeri Sembilan – Pau Kari Ayam

Makanan ini adalah pau yang disaluti dengan kari ayam. Cara menyediakan ialah roti dibalut dengan kertas aluminium kemudian dibakar. Kebiasaanya ialah roti dicelup dengan kari ayam, sungguh luarbiasa.

10. Melaka – Bebola Nasi Ayam, Asam Pedas

Nasi ini direbus di dalam sup ayam bersama bahan perisa yang lain. Setelah masak, nasi ini akan digumpal menjadi bebola dan dihidangkan mengikut kuantiti biji. Makanan ini disertakan dengan daging ayam, sup dan kicap hitam. Pengalaman berkunjung ke Melaka pasti tidak lengkap tanpa mencuba asam pedas Melaka. Rasa kuahnya yang pedas dan masam pasti memuaskan selera pecinta asam pedas.

11. Johor – Nasi Briyani

Merupakan makanan yang menjadi hidangan majlis perayaan. Nasi berbiji panjang ini dimasak dengan serbuk kunyit, kemudian disiramkan dengan kari ayam, kambing atau ikan dan dimakan bersama telur rebus, dan sayuran.

12. Sabah – Mi Goreng Tuaran

Mi ini seakan-akan mee goreng di semenanjung Malaysia, dan ia disertakan dengan sayuran dan daging ikan.

13. Sarawak – Mi Kolok

Adalah mi kering yang biasanya dihidang bersama dengan kuah sup dan kicap hitam.


Adakah semua jenis makanan mencetus cita rasa anda? Ayuh, apatah sempena Hari Kebangsaan ini masak makanan yang disyorkan, dan mempelawa kaum lain datang menjamu, inilah menunjukkan semangat perpaduan Malaysia, cintailah negaraku.

Kunjungilah The Store / Pacific berdekatan anda untuk menikmati promosi “MERDEKA FRESH DEALS” pada harga yang jimat. Klik sini untuk lihat tawaran!

 





Website: www.tstore.com.my
Facebook: www.facebook.com/TheStoreMys ; www.facebook.com/PacificMys.




CORPORATE MENU