Jika anda ingin menjadi seorang wanita yang bergaya dan berkeyakinan tinggi, kecantikkan dalaman serta luaran adalah elemen yang amat penting. Memiliki kulit yang cerah dan berseri, serta bentuk badan yang sihat dan sempurna adalah impian setiap wanita.
Wajah seorang gadis berubah dalam tempoh 2 bulan sahaja disebabkan solekan dan perubahan pengambilan makanan seharian. Dia telah berkongsi caranya yang berkesan kepada para netizen. Inilah tipsnya.
1. Strawberi – Kulit berseri dan terhidrat
Mengandungi pelbagai jenis enzim buah-buahan, vitamin, serta mineral. Ia membantu mengekalkan keanjalan kulit kita, menjadikan kulit kita kelihatan lebih cerah, cantik, dan licin.
2. Tomato - melicinkan kedutan kulit serta membantu kecerahan kulit
Mengandungi pelbagai nutrien serta mempunyai kalori yang rendah. Mengandungi jus asid yang menbantu mengimbangkan aras pH kulit kita.
3. Epal - membantu dalam pemutihan jelagat serta cloasma
Dianggap sebagai produk kosmetik semulajadi, kerana mempunyai kandungan protein, serat, serta mineral yang tinggi. Ia juga mempunyai kadar kelembapan yang tinggi dan menjadikan kulit kita kelihatan lebih terhidrat.
4. Lobak Merah
Ia juga boleh dikenali sebagai "makanan untuk kulit". Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan mempunyai kandungan karotin A yang tinggi. Selain itu, Ia merupakan agen antioksidan yang tinggi dan boleh mencerahkan kulit kita.
Memiliki bentuk badan yang langsing boleh menjadikan kita kelihatan lebih muda dan sihat. Selain daripada melakukan aktiviti senaman untuk mengekalkan bentuk badan fizikal kita, kerap memakan buah-buahan juga adalah amat penting. Senarai di bawah adalah jenis buah-buahan yang kita boleh ambil untuk melangsingkan badan kita.
1. Ubi Kentang
Kaya dengan vitamin C, dan sumber karbohidrat yang tinggi dapat membantu anda berasa kenyang lebih lama sehingga anda merasa tidak mudah lapar. Kandungan serat yang tinggi baik untuk sistem penghadaman dan mempercepatkan proses penurunan badan.
2. Buah Jambu
Merupakan sejenis buah yang mempunyai kandungan kalori yang rendah, serta membantu mengurangkan kandungan lemak dalam badan.
3. Buah Pear
Mempunyai kandungan jus serta vitamin B yang tinggi. Membantu meringankan masalah sembelit.
4. Oren
Mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi, berkalori rendah, dan berfungsi sebagai agen pembersihan kolon kita. Ia juga membantu menbuangkan sisa berbahaya serta bahan toksik dari badan kita.
Jadi jika anda ingin kelihatan menarik dan muda, selain daripada membuat senaman fizikal, mengamalkan adat pemakanan yang sihat juga tidak boleh diambil mudah. Ayuh amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup lebih baik bermula hari ini!