Sayur-sayuran mengandungi zat dan mineral yang dapat membekalkan badan kita zatzat yang diperlukan. Tetapi, pengambilan sayuran harus dimakan dengan cara yang betul baru badan kita dapat menyerap zat vitamin dengan sepenuhnya. Jika tidak, ia bukan sahaja membazirkan pengambilan zat malah juga akan memudaratkan badan kita. Mari lihat kesalahan yang kerap dilakukan semasa memasak sayur :-


1. X Masa memasak pada jangka masa yang lama

Ini akan mengakibatkan zat vitamin C bertambah kurang kerana memasak pada masa yang lama akan menghilangkan banyak zat mineral yang disebabkan zat vitamin C mudah dicairkan dalam keadaan yang terlalu panas.

2. X Adalah lebih berkhasiat jika sayur dimakan secara mentah

Konsep ini adalah salah jika sayur tidak dibersihkan dengan betul dan mungkin mengandungi sisa-sisa racun perosak. Jadi, adalah perlu dibilas dengan betul selepas beli dan ini hanya akan bersihkan sebahagian daripadanya. Jika dimakan mentah, maka akan memudaratkan badan.

3. X Cara penyimpanan yang salah

Sayur mesti disimpan dengan cara yang betul ke dalam peti sejuk berdasarkan jenis sayuran. Misalnya sayur jenis daun harus dibalut dengan beg plastik atau bekas makanan, sayur jenis buah perlu dibalut dengan plastik pembalut makanan.

4. X Hidangan semalaman

Sayur yang dimasak harus dimakan terus dan adalah tidak elok untuk disimpan ke dalam peti sejuk dan dipanaskan semula untuk makan. Ia akan mudah menyebabkan keracunan makanan.

5. X Tuangkan kuah sayur

Kuah sayur tidak sepatutnya dituangkan kerana terdapat 70% vitamin C adalah diserap di dalam kuah sayur. Kebanyakan orang memilih untuk tuangkan kuah sayur, sepatutnya jika minum kuah sayur akan menyerap khasiat dengan baik.

Walaupun pengambilan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan adalah permulaan yang sihat, tetapi anda juga harus memakannya dengan cara yang betul untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya kepada badan kita. Nikmati setiap suapan untuk kesihatan penghadaman!Datanglah The Store/Pacific untuk dapatkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar dari sekarang!




Website: www.tstore.com.my
Facebook: www.facebook.com/TheStoreMys ; www.facebook.com/PacificMys.




CORPORATE MENU