Adakah anda ingin lari dari kesibukan bandar? Inginkah anda berhasrat untuk bercuti tanpa risau akan bajet perbelanjaan? Sekarang tibalah masanya untuk anda berpeluang memenangi pakej percutian yang disediakan oleh The Store dan Pacific khas eksklusif untuk kad keahlian. Pakej pelancongan ini menawarkan tempat penginapan dan tiket kemasukan percuma untuk pasangan atau seisi keluarga. Mari kita lihat tempat-tempat pelancongan yang ditawarkan, semuanya mempunyai ciri-ciri keunikan dan kecantikan yang tersendiri…


1. Pahang – Penginapan 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort,tiket kemasukan zoo Safari dan Water Park untuk pakej 4 orang

Bukit Gambang Safari Park merupakan Zoo Safari yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai 300 spesies haiwan dan kebanyakannya merupakan spesis unik di Malaysia. Anda juga boleh menaiki Savannah Tram di sekitar Taman Safari untuk melihat haiwan liar dari dekat. Pelbagai aktiviti pertunjukan haiwan misalnya “Wonderful Birds, Multi-Animal Kids, Indiana Stunt, Yabara Fire, Predator no-humancontact” dan sebagainya membawakan persembahan yang menarik . Selain itu, Bukit Gambang Water Park adalah taman tema air yang terpanjang, tertinggi dan terbesar di Malaysia. Antara tempat tarikan yang terdapat di sini adalah “Canopy Slide, Family Raft Ride, Crystal Slide, 6 Lanes Racer, Aqua Play, Journey of Ice, Penguin Express” dan sebagainya.

2. Pahang – Penginapan 2 hari 1 malam di Cameron Highlands, Strawberry Park Resort,beserta sarapan dan steamboat makan malam untuk 4 orang

Cameron Highlands merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di Pahang, Malaysia,dan bersuhu antara 15°C hingga 25°C. Terdapat banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi seperti Ladang The Boh, Taman Agroteknologi MARDI, kebun pokok bunga lavender, kebun strawberi dan sebagainya. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi membolehkan anda tenangkan hati dan minda. (Caj tambahan dikenakan untuk aktiviti-aktiviti tertentu)

3. Negeri Sembilan - Penginapan 2 hari 1 malam di Port Dickson Bayu Beach Resort, beserta sarapan pagi untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak

Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan merupakan tempat percutian yang sangat terkenal dengan persisiran pantai yang cantik dan menarik untuk seisi keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama seperti “Port Dickson Sunset Cruise, Kota Lukut, Alive 3D Art Gallery, Ostrich Farm, RumahTerbalik PD, Taman Tema Wild West Cowboy,Extreme Park PD, Rantau Eco Park” dan sebagainya. (Caj tambahan dikenakan untuk aktiviti-aktiviti tertentu)

4. Melaka - Penginapan 2 hari 1 malam di Melaka Bayou Lagoon Park Resort,tiket kemasukan ke Water Park beserta sarapan pagi untuk 2 orang

Bayou Lagoon Park Resort merupakan resort gabungan yang berintegrasikan taman air dan kemudahan lain seperti “teater 9D, Muzium Magic Art dan Amusement Park” di dalam satu kawasan. Terdapat pelbagai jenis permainan air yang menarik seperti gelongsor air thrill, gelongsor air kanak-kanak, meriam air, dan lain-lain lagi.

5. Perak- Penginapan 2 hari 1 malam di Taiping Bukit Merah Laketown Resort,beserta sarapan pagi untuk 2 orang

Bukit Merah Laketown Resort adalah tempat percutian popular yang terletak di Perak. Ia menawarkan pelbagai permainan yang seronok termasuk Taman Tema Air, Taman Eko,Taman Pengembaraan dan Taman Rekreasi. Anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti memancing, bermain gelongsor di Taman Tema Air, memberi makanan kepada haiwan kecil seperti arnab dan burung, memanah, “Lake Cruise” dan lain-lain lagi. Anda juga dapat mengunjungi ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan mendapatkan pelbagai ilmu berkaitannya di Taiping. (Caj tambahan dikenakan untuk aktiviti-aktiviti tertentu)


Tunggu apa lagi? Cepat, mohon untuk menjadi ahli The Store atau Pacific sekarang dengan menyertai peraduan “Menangi Pakej Percutian”. Rebutlah peluang untuk memenangi pakej percutian yang tertera di atas!Peraduan bermula dari 1 Ogos - 18 Sept 2019.

Kunjungi www.tstore.com.my/member.html untuk keterangan lanjut.

 





Website: www.tstore.com.my
Facebook: www.facebook.com/TheStoreMys ; www.facebook.com/PacificMys.




CORPORATE MENU