Tibanya musim cuti persekolahan lagi!Berapakah jam dalam sehari anda meluangkan masa untuk menjaga anak-anak sepanjang cuti persekolahan? Inilah waktu yang dirisaukan kepada ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja dari awal pagi hingga ke lewat malam. Bukan mudah menjadi seorang pekerja serta ibu bapa yang baik. Pihak kami telah menyediakan beberapa aktiviti yang menarik, berfaedah dan jimat untuk anak-anak anda. Inilah dapat menyenangkan anda untuk menguruskan masa dengan baik dan bijak. Bajet aktiviti-aktiviti di bawah hanya RM2.10 sahaja!Cepat skrol ke bawah untuk melihat apa yang kami kongsikan.
1. Tema Permainan
Kanak-kanak sekarang terfikir ingin menjadikan seorang dewasa dengan cepat. Menggalakkan anak-anak berpura-pura menjadi seorang dewasa dengan aktiviti berkaitan dengan perkerjaan seperti doktor, guru, polis, peniaga dan sebagainya. Ini dapat membantu kanak-kanak membina keyakinan diri, berlatih untuk membuat keputusan, dan meneroka bidang yang diminati. Lambat laun mereka akan membentuk cita-cita dan berusaha untuk menjadi pakar di bidangnya masing-masing.
2. Aktiviti Luar
Menggalakan anak bermain di luar rumah (tempat letak kereta)seperti melakukan aktiviti perkhemahan, pertandingan badminton atau membeli kolam renang kecil kepada mereka. Anda boleh menyediakan beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti tidur atau membaca di dalam khemah, permainan atas meja, meniup buih sabun, permainan pasir dan permainan tenis untuk memastikan mereka sibuk berjam-jam lamanya. Inilah cara yang mudah untuk membakar tenaga badan dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermakna.
3. Aktiviti Seni
Koleksi aktiviti-aktiviti seni termasuk kertas kerja origami, membuat stiker sendiri, melukis, membuat setem dan lain-lain lagi. Anda juga boleh membeli sebuah buku nota untuk anak dan menggalakkan mereka menghiaskannya dengan pita pelekat berkartun atau lukisan mereka. Ini dapat mengembangkan daya imaginasi dan meningkatkan kreativiti dalam diri mereka.
4. Mainan Kreatif
Permainan memainkan peranan penting dalam pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Terdapat banyak mainan kreatif untuk memupuk kreativiti kanak-kanak seperti blok binaan & lego, susun suai gambar, krayon & set cat dan kit tanah liat. Kanak-kanak suka reka cerita sendiri dengan permainan yang berbeza. Ini dapat menggalakkan kebebasan berfikir dan memupuk keyakinan diri mereka.
5. Jamuan Parti Kanak-Kanak
Jemputlah kawan-kawan anak datang ke rumah anda untuk menghadiri parti kecil. Menyediakan beberapa aktiviti, hidangan dan makanan ringan yang menarik untuk menaikkkan seri parti tersebut. Sukar untuk menyediakan makanan ringan? Jangan risau, di bawah adalah contoh senarai makanan ringan yang sesuai untuk jamuan parti kanak-kanak anda.
Sekarang, anda boleh menguruskan masa anda dengan cekap. Merancangkan aktiviti-aktiviti di atas kepada anak dan dapatkan kesemua barangan di kedai serbaneka Super Jimat. Semua barang serendah RM2.10 sahaja!Ambil tindakan sekarang sebelum cuti persekolahan!