Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh orang ramai, adalah mengapa haruman minyak wangi tidak bertahan lama? Malaysia mengalami cuaca lembab dan panas sepanjang tahun. Ini sering menyebabkan kita berpeluh dan berbau serta mewujudkan situasi yang memalukan. Berikut adalah beberapa tips dan cara bagi mengekalkan haruman minyak wangi sepanjang hari. Marilah kita bersama-sama melihat tips-tips di bawah.
1. Sembur Minyak Wangi Selepas Mandi
Waktu yang paling tepat untuk menggunakan minyak wangi adalah selepas mandi. Ini sebab pori-pori kulit terbuka dan minyak wangi akan melekat pada kulit secara sempurna serta menghasikan haruman yang lebih tahan lama.
2. Lembapkan Kulit Sebelum Menggunakan Minyak Wangi
Haruman minyak wangi akan lebih kekal pada kulit yang berminyak, berbanding dengan kulit yang kering. Oleh itu, lembapkan kulit dengan losen dahulu sebelum menyembur minyak wangi bagi mengekalkan harumannya.
3. Elakkan Terlebih Sembur
Minyak wangi dapat membangkitkan semangat dan keceriaan. Tetapi jika kita terlebih menyemburkannya, kemungkinan akan memberi kesan yang sebaliknya. Oleh itu, pakainya dengan cara semburan yang betul bagi mengekalkan keharumannya.
4. Elakkan Menggosok Pergelangan Tangan Selepas Sembur
Selepas menyembur minyak wangi di pergelangan tangan, jangan menggosokkannya kerana perbutan ini akan merosakkan molekul wangian tersebut dan menyebabkan baunya menjadi berbeza.
5. Menyembur Minyak Wangi Pada Sikat Rambut
Jika anda mahukan bau minyak wangi bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat rambut dan menggunakannya menyikat rambut secara lembut. Mengelakkan menyemburkan minyak wangi terus pada rambut kerana ini akan mengeringkan dan merosakkan rambut kita.
6. Semburkan Di Titik-Titik Nadi Badan
Tempat yang terbaik menyembur minyak wangi adalah pada titik nadi badan, iaitu pada bahagian leher tepatnya di bawah rambut, pergelangan tangan,belakang telinga, dan bahagian dalam siku.
Pilihlah minyak wangi yang sesuai dengan diri anda dan mengikut cara-cara di atas untuk mengekalkan keharumannya. Di sini, kami ingin berkongsi berita baik bersama sesiapa yang ingin mempunyai minyak wangi dengan harga yang rendah. Pacific menawarkan RM25 baucar diskaun minyak wangi kepada semua!Nikmatilah sebelum tarikh luput, dan juga meningkatkan keyakinan diri dengan mengekalkan haruman dari sekarang!