Hanya tinggal beberapa hari sahaja sudah tibalah hari Merdeka, sudahkah anda berfikir bagaimana luahkan perasaan cinta anda terhadap negara kesayangan anda? Di sini rekomen beberapa idea untuk dirujuk, adalah tiba masa untuk anda lakukan sumbangan terhadap Malaysia!
1. Galakkan Pelancongan Dalam Negara
Terdapat banyak tempat pelancongan Malaysia ternama dengan pemandangan indah, antara termasuklah Bukit Gambang Resort Water Park. Nikmati suasana nyaman di Cameron Highland dengan melawati Taman Botanik, melawati kilang coklat, zoo safari dan sebagainya, atau jika anda lebih gemar dengan aktiviti perairan bolehlah menuju ke Port Dickson untuk menikmati keindahan laut atau melawati pelbagai tema botanik, Eco Park, taman semula jadi dan sebagainya. Ambilah kesempatan untuk menerokai setiap sudut keindahan Malaysia , dan anda juga boleh rekomen kepada kawan dari luar negara, membolehkan mereka juga tahu akan tempat pelancongan yang menarik di Malaysia.
2. Sokong Produk Buatan Malaysia
Apa? Produk Malaysia kualiti rendah lagi tidak tahan lama? Ini anggapan salah terhadap produk buatan Malaysia. Sebenarnya, produk Malaysia juga mendapat sambutan baik khasnya mendapat reputasi yang baik di pentas antarabangsa. Misalnya biskut Munchy's merupakan salah satu jenama biskut yang terkenal antara termasuklah Lexus, Oat Krunch, Muzic dan sebagainya. Justeru, kalau anda ingin meluangkan masa bersama buddy anda, bolehlah kunjungi kopitiam Old Town White Coffee dengan memesan secawan White Coffee dan nikmati keharuman minuman berkenaan. Selain Old Town White Coffee, juga boleh kunjungi kopitiam tempatan seperti Aik Cheong, San Francisco Coffee , di situ juga menyediakan pelbagai juadah tempatan untuk dinikmati.
3. Belilah Kereta Buatan Malaysia
Kalau sentuh berkenaan dengan topik pengangkutan tempatan, sudah pastinya sokong kereta buatan Malaysia. Tidak kira keluaran Proton X-70 yang kini mendapat sanjungan ramai,mahupun kereta Perodua yang kini disertakan rekaan berteknologi tinggi memang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Harganya bukan sahaja berpatutan, kualiti reka bentuk beserta aksesori juga semakin canggih.
Kini, anda sudah tahu bagaimana caranya untuk luahkan perasaan cinta terhadap Malaysia. Jom, kunjungilah The Store / Pacific berdekatan anda di hari Merdeka akan datang untuk membeli produk buatan Malaysia, anda juga boleh ambil bahagian menyertai peraduan untuk memenangi hadiah, orang dewasa mahupun kanak-kanak pun ada peluang untuk merangkul hadiah. Ayuh, klik sini www.tstore.com.my untuk maklumat lanjutan, mungkin anda adalah salah satu pemenang bertuah kami!