Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan semula program Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) pada tahun 2009 yang mana sebelum itu diberikan nama sebagai Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada tahun 1984. Kempen KBBM ini dilancarkan bertujuan untuk mempertingkatkan perbelanjaan domestik berikutan krisis kewangan global.
Objektif KBBM
- Membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan dan mempamerkan produk mereka kepada orang ramai.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk dan barangan Malaysia yang juga standing dengan barangan import.
- Memupuk semangat patriotisma dengan mengutamakan membeli dan menggunakan barangan tempatan.
Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini pihak The Store Group telah berkolaborasi bagi melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia dengan pelbagai Promosi menarik & nikmati Mata Ganjaran apabila anda berbelanja dengan produk terpilih Barangan Buatan Malaysia di kesemua Pasar Raya kami di Seluruh Malaysia!
Jadilah rakyat dan pembeli yang cinta akan Negara dengan berbelanja dan menggunakan barangan tempatan yang juga semestinya bermutu. Jom, kunjungi The Store / Pacific berdekatan anda untuk membeli produk buatan Malaysia, anda juga boleh mengambil bahagian menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi hadiah. Klik www.tstore.com.my untuk maklumat lanjut, mungkin anda adalah salah seorang pemenang bertuah kami!