Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting pada setiap hari. Adakah anda rasa sukar untuk menyediakan sarapan sementara tergesa-gesa menyiapkan diri untuk menyediakan sarapan pagi? Jangan risau, di sini terdapat senarai resepi biskut yang serba ringkas sesuai untuk anda yang sibuk atau kepada orang yang tidak mengamalkan amalan bersarapan. Mulakan hari anda dengan sarapan yang sihat.

1. Tuna Mayo Canape

Bahan-bahan:1 tin Tuna, Biskut, Timun (Potong Dadu), 1 biji telur, Mayonis

Cara-caranya :

1. Rebuskan telur dan melecekkannya.

2. Masukkan isi tuna ke dalam mangkuk dan leraikan isinya. Gaulkan tuna dengan timun, telur dan mayonis.

3. Selepas menggaulkan semua bahan, sapukan kepada biskut.

2. Buah-buahan/Telur+Biskut

Bahan-bahan:Hirisan buah/telur rebus, jam kacang/mentega & biskut

Cara-caranya :

1. Sapukan jam kacang/mentega kepada biskut

2. Letakkan hirisan buah/hirisan telur di atas biskut.

3. Susu+Biskut

Makan biskut boleh disertakan dengan susu. Susu dapat melegakan pencernaan dan membekalkan keperluan mineral.

Marilah kita menikmati sarapan dengan biskut!Ia bukan sahaja dapat meningkatkan sistem imuniti dalam badan, dan juga dapat mengekalkan kesihatan tulang serta membekalkan tenaga dalam tubuh badan kita. Jika anda mengabaikan waktu sarapan pagi anda, anda juga sebenarnya telah mengabaikan manfaat yang sepatutnya dinikmati oleh tubuh badan anda pada hari tersebut. Selamat menjamu selera!




Website: www.tstore.com.my
Facebook: www.facebook.com/TheStoreMys ; www.facebook.com/PacificMys.




CORPORATE MENU